Pages

Wednesday, April 27, 2011

She says: The source code is ours!


Orang kata, ramai orang yang kata ni, lepas tunang tak elok jumpa selalu. Aku rasa ada betul nya juga, bila dah tukar status ni, diri masing2 pun nak rasa lebih gediks dengan pasangan masing2. Takut nnt benda2 remeh boleh gaduh, payah jugak. Tapi kan, after kawen pun bukan sama je ke? Lagi la sokmo jumpa. Bukan ke dalam masa bertunang ni nak test la relationship ni ok ke tak. Tapi kalau sebab nak semai rasa rindu tu, aku kalau tiap2 hari jumpa, lagi la rindu! ekekeke camne?

Tunang aku dah banyak kali cakap "dah lama kan kita tak tengok wayang?" ehehe mmg pun! tak leh tengok selalu, kene jimat2. Hoho. Tapi disebabkan dia selalu cakap, aku rasa elok lah juga kitorg gi tengok wayang, mmg dah lama tak tengok. So layan la Source Code kat Pavilion. Cite ni best tapi kalau aku lah jadi watak utama tu, maunye aku pening2 wek wek. Isk!

Source code ni actually programming language. Tapi dasyat ar guna orang yang dah mati untuk wat keje2 pening ni. Kesian! Overall cite ni best! ade gak nilai2 sentimental skit. Hehe.

Our source code in our relationship is communication! walla!

Sunday, April 24, 2011

She says: We're Engaged!


23rd April 2011, we're officially engaged!!

Alhamdulillah, everything went well. We managed to get all the work done smoothly. Days before were quite hectic (not really actually since we're excited gile for the day!) hehe.

Malam sebelum tu, memandangkan majlis nya kecil, so kitorang takde la busy sangat. Tolong parents prepare bahan2 untuk dimasak esok pagi. Thanks to Mak and Kak Syah sebab masak makanan yg banyak itu. Huhu. Aku tolong mana yang boleh aje. By 10am, dah kene ready untuk make up. Hmmm honestly, ni first time aku nak makeup. Gila malas nak makeup2 ni. Tapi untuk cik abg sayang, apa lah salahnyeee.. Heeee..

Ntah apa yang mak andam tu tampal kat muka aku, aku pun tak tahu, dia tak kasi make up depan cermin. Dlm hati aku sikit punye risau kalau make up aku tu nnt cik abg tak berkenan. Hoho.

Dalam kul 11 lebih, semua dah ready, aku sms cik abg dah boleh dtg sekarang. Nasib baik laaaa rombongan lelaki semua mmg dah kat Kuale. Baru aku paham perasaan org menunggu kekasih hati time2 macam ni. Macam2 perasaan ade! excited, risau, gembira, tak sabar, macam2 laaaa. Hehe.

Aku mengintai dari tirai kamar. He looked cute and matang in his new hair cut! Lama aku intai! ekekeke..

Disebabkan majlis ni untuk family2 je, so aku takde la nervous sangat. Heee mungkin sbb tak ramai and takde org nak kacau. So aku cool je time ni.

Alhamdulillah kitorg dah bertunang. Now, counting down for the BIG day!

Thursday, April 21, 2011

She says: I feel you..


Hadoiii.. rasa lama pulak minggu ni. Pelik betul. Hmm smlm me and Alin went to Klinik Perubatan Dato' Keramat for HIV test. Aku tak berapa sihat, batuk aku macam makin teruk pula.. huhu.. Borang dah submit, so tunggu turn pula.

Alin: I rasa dahaga laaa (banyak kali gak la dia mention dahaga padahal baru je lunch). I dahaga gile nih..

Dila: Betul2 dahaga ke atau u nervous ni? haha.. (hehe dia setiap kali ade checkup ngan doc, kalau ada kaitan ngan jarum & darah, dia mesti msg aku, nervous katanya.. aku tgk muka dia, bukan muka dahaga, muka cuak tapi cute! hehe..)

Aku? Aku bab2 ni alhamdulillah, strong sikit.. heeee..

Harini Alin cuti fullday, huuu jeles nya! dia banyak cuti. Aku kene jimat cuti, so harini aku halfday. Walaupun masuk ofis, hati aku tak tenteram. Excited! hehe..

Aku tak sure org lain ada ke tak perasaan macam aku ni. Ssh aku nak cakap perasaan ni. Ni first time aku rasa. Ada rasa ngilu2 sikit. Mungkin sbb makin hari aku dapat rasa the key will officially placed in my heart. Hehehe.. September, pls come faster!!

Wednesday, April 20, 2011

He says: The key & the heart

Orite. Where to begin? Time is moving super slow this week. It's only Wednesday. I honestly can't wait for this weekend. Jeng jeng jeng. Tu baru tunang, kahwin nanti aku tak tahu laa camne.

OK. What did we do today? Hari ni we managed to send my ring for engraving. I haven't told her that I really like the metaphor. Aku actually mmg la hope yg teramat sgt dia letak ayat tu utk di-engrave.. and YES she did pick the one that I was hoping for! Kalau nak tahu, aku suka ayat tu because everytime aku mention, she would laugh & keep on laughing! Little that she knows, those laughs really make me happy. I love to she her smile. Now, with that ayat engraved on my wedding ring, it's like carrying her laughs whenever & wherever I go. Sweet kan? kan? That would definitely will keep me happy forever, just by remembering that!

Tuesday, April 19, 2011

She says: Miss You!


My darling...

So many things i want to tell you. So many words i want to say. So many acts i want to play.

Got so many emotions i want to show.

YOU, my darling, are the one who hold the key to my heart.

YOU, my darling are the greatest gift in my life.

I miss you in my every heartbeat!

Love You...

He says: "Everyday I Love You!"

My Dearie,

This is for you! Only for you...

------------------------

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you

I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cus I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cus I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)

And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you

Friday, April 15, 2011

She says: Merah itu menawan!


Dila: I tak tahu ni nak wat tema kaler apa. I tak boleh la yg terang2, sbb i gelap..

Alin: Laaa nnt kan nak make up.

Dila: Kalau make up tu menjadi, takut jadi lain pula. Hoho.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Harini kitorang ke Butik Nellyza, Ampang utk tengok baju reception. Hadoiiii aku takde idea lagi nih. Masuk2 je butik tu, aku ternampak satu baju kaler merah yg dia letak kat atas pelamin putih. Aku terus berkenan. Alin suruh aku gi try.

Dia mmg dah biasa pakai kaler merah, and kulit dia putih, so mmg cantik la kaler tu ngan dia. Alahai.. takpe la, aku harap nnt nampak cantik. Hehe. Untuk sebelah Alin, kitorg dah decide nak kaler turquoise. Tapi tak jumpa lagi design yg berkenan. Chaiyoookkk!!!


Thursday, April 14, 2011

She says: Pickup Cincin


Alin: U pegi gym ke esok? I ingat nak gi amik cincin U tu, tapi nak la u ada sekali, baru best!

Dila: Kalau u nak i ada, i tak pergi la gym (hehehe gediks tak?)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Harini kitorg gi pickup cincin, fuhh berdebor2 lak rasa. Hujan lebatttt.

Aku ni tak pernah hayat pakai cincin. Pernah la mak aku belikan masa kecik2, tapi mmg jenis tak reti kot nak pakai barang2 kemas ni. Aku risau gak ni...

Alin: Jangan sampai terjatuh batu tuuu.. Kang duk seronok buat cekodok, hilang lak batu tu dlm cekodok.. uiiii mahalnya cekodok tu!

Dila: Hahahaha.. Kita beli je laaa yg baruuuuu..

Alin: Haip!

Thanks syg! bling! bling!

Wednesday, April 13, 2011

She says: Wedding Ring for him..


Aku habis kerja kul 6, Alin habis keje kul 4 kalau hari Jumaat. Kitorg plan nak gi tengok cincin harini. By 6pm, Alin msg dia dah ada kat BTS. Heee jauhnya dia jalan. Then kitorg sama2 ke Sungei Wang. Hmmm choice tak banyak and semua yg ada kat situ Alin tak berkenan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Alin: I nnt cincin kahwin nak platinum, tak nak yg lain..

Aku dlm hati, mak aih, dah cakap pasal cincin kawen. Tapi bagus gak dia cakap awal2, so nnt aku tak terkejut. Tanye punya tanye, platinum mahal! ekekeke.. tapi ntah lah, tak mengganggu aku sgt pun, pelik gak, siap ada satu perasaan excited nak belikan dia cincin platinum.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan awal lagi, kitorg balik ofis Alin, amik kete, and terus ke Midvalley. Alhamdulillah jalan tak jam langsung. Mula2 singgah kat Gold Heart. Cincin platinum kat sini tak banyak and biasa2 je. Aku kalau boleh nak belikan dia cincin yg dia suke. Jalan2 lagi, and stop kat satu kedai ni. Hmm sini lagi banyak choice dr yg kat Sg Wang tu.

Aku berkenan kat satu cincin ni. Tau berapa harga? rm6k++!! ekekeke.. Tapi mmg cantik! tebal, berat and sgt maskulin! ehehehe.. Pastu ada satu lagi cincin yang menarik perhatian aku. Erkk mahal jugak la sebenarnye.

Dila: Cuba try yg tu. Rasa best and berat tak?

Alin: A'ah rasa best!

Tanye punye tanye, harga dia mmg dlm target aku (revised budget selepas Alin belikan cincin aku tu.. hehe)

Alin: I kalau leh tak nak bebankan u..

Dila: Takpe, topup sikit je dr budget asal i, i suke cincin tu, boss tolong check ada stock kah (jari Alin ni comey2.. hehe untung juga la sbb murah sikit.. hehe)

Alhamdulillah stock ada, kene tunggu sikit sbb cincin tu kat branch Penang. Huhu.

Sunday, April 10, 2011

She says: Pelamin & Cincin Kahwin


Minggu ni kitorg balik kampung masing2. Nak settle mana2 yg boleh settle.

Semalam, aku ngan mak aku ke Taiping, ada Pameran Gala Pengantin kat sana, mana lah tahu leh dapat pakej murah. Huhu. Usha punye usha mmg ada yg cantik and murah. Pakej pelamin and baju. Tapi mak aku cakap susah la, sbb jauh, walaupun transportation fee dia free. Hmm so sudah nye balik semula ke Kuale. Kat Kuale, aku terus survey Homestay utk rombongan lelaki masa majlis tunang nnt. Aku baru teringat kawan aku ada wat business homestay. So aku gi usha umah tu, sesuai ke tak. Hmm rumah 2 tingkat, 3 bilik aircond, 1 bilik kipas, semua kelengkapan ada kecuali mesin basuh. Mmg luas rumah tu, So aku terus book.

Then jalan2 lagi tgk candidates utk kenduri kawen nnt. Mak aku kalau boleh nak wat kat dewan, dia kata senang and tak penat nnt. Hmm betul juga, penat jugak la kalau kat umah. Huhu. Tapi dewan Kuale sekarang under contruction lagi. Takpe, yg tu mak aku cakap, nnt dia pikir kan.

Harini, kitorg ke Butik Pengantin kat Salak. Hmm mak aku biasa gak ngan tokey kedai ni, Kak Intan nama dia. Belek2 gambar, aku rasa aku ok je kot ngan pelamin simple. Hehe. So aku terus book utk pelamin, tema kaler, nnt habaq later sbb nak kene tengok baju dulu.

So, pelamin dah settle!!

Then aku terus balik KL. Alin pickup aku harini kat KL sbb dia kata dia nak bawak gi tengok cincin, ada promotion katanye. Aku folo je laaa.. Usha punye usha, ada satu ni yg aku berkenan, tapi harga bapak mahal! Nego punye nego dapat 55% off! Alin tgk muka aku tak berkelip.. (hehe aku tak perasan plak aku tak berkelip time tu). Tiba2 si Alin ni bangun nak bayar:

Dila: Ehhh!! takkan nak beli? mahal tu!

Alin: Alaaa beli je laa kalau dah worth it. Tak nak la i beli tapi u suka2 je, i nak u betul2 suka.

Dila: Ye laaa tapi tak nak pikir dulu ke? Jap! jap!.. jom diskas kat luar dulu..

Aku betul2 kaget time ni. Isk..

Dila: ok mcm ni, kita dah ada kita punya budget, ini dah over budget.

Alin: So kita cut la budget kat tmpat lain.

Bila kitorg pikir2 balik, cincin ni ada sentimental value, kekal lama. Kalau barang2 hantaran lain, mungkin later kene gak ganti lain. So aku pun kene up skit budget cincin aku utk dia. Dua2 dah setuju, then selesai beli cincin utk aku.

He says: Diamonds Are a Girl's Best Friend

AM:
Hari ni balik awal sikit to KL. I gotta pick up my sweetheart and jalan2 cari cincin (nak survey je! keyword: SURVEY). Ni case buka satu website ni malam semalam ni lah. Dia kata ada sale. Aku apa lagi, tgk wedding band yg dijual below budget. Fuh, excited lah.

----
PM:
Lepas picked up my babe kat Jalan Duta, terus kitaorg ke kedai jewelry yg ada sale tu. Fuh, berpinau mata aku. Macam2 ada; besar, kecik, berkilat, white gold, gold, namakan, semua ada! owh, except platinum la :-(. Aku tak tahu lah Dila macamana, dia ni mudah pening kalau bab2 shopping ni especially bila byk choice. Hik hik, sama laa cam aku. Tp aku lagi penyabar kot (hahaha, mode utk puji diri sendiri kejap)

30mins and counting:
Still kat kedai tu lagi. Memula tgk yg batu sebijik tu. OK lah juga within our budget. Tp dila cam xde laa excited sgt. Aku pun tgk design dia cam ordinary laks. So, oklah. Kitaorg decide utk move to the "other side". Nak tgk yg elok2 sikit lah. Aku saja je nak tahu juga. Dah namanya survey. Alang2, tgk lah sekali yg the "other side" tu . So tgk laa apa option yg ada. Bila sampai side tu, aku rasa aku telan air liur byk kali juga laa bila tgk RM dia. Isk, terlebih budget sudah. But it's OK, tgk laa dulu camne.

10 to 20mins later:
belek punya belek.. questions after questions.. tetiba Dila jadi cam Harry Potter masa dia dapat wand. Dia excited & mata bulat. Nasib baik je dia xmelompat & tepuk tangan je macam dia dapat lace hari tu.

Dila: "Eeeeeeee, suka nyer. Isk, macam xnak tanggal je"
Alin: "Hmmm, dah jumpa yg dah berkenan lah tu" (dalam hati)
Alin: Ok x?
Dila: Suka!
Alin: "Mmg sah dia betul2 suka. kalau x semuanya OK je" (dalam hati)
Alin: "Nak beli ke x nak, nak beli ke x nak, dah lebih budget ni" (still dalam hati)
Alin: "aku rasa aku patut beli, sbb cincin kawin ni lain dr cincin yg selepas2nya. ada sentimental value. Baik ambil yang betul2 suka. lebih budget siket takpe lah. Aku cut la budget utk yg lain2 tu" (still dalam hati)
Alin: "You betul2 suka ke ni?"
Dila sengih sambil buat muka cute dia
Alin: OKlah. Ambil laa kalau dah berkenan

Aku dah keluar wallet & dah tanya cam ne bayar. Dah sure nie! Tetiba Dila cakap xnak. Ajak kuar suh pikir betul2. Isk, aku terkejut laks. Td elok je wat muka cute nak cincin. Ni tetiba muka serious. Kata kena fikir dulu. So, kitaorg kuar japs discuss. I think about 15 to 20mins later. We went back inside and I finally purchased the ring. Honestly, aku x berapa gemar ngan gold but i think gold fits perfectly on her ring finger. Owh i like it! Nanti leh match ngan gelang dia.

p/s: aku tiap2 malam tgk cincin tu. Hehehe. Xsabo betul!

Wednesday, April 6, 2011

She says: Photographer


Harini kitorg jumpa photographer kitorg. Nak juga la tgk and discuss gambar macam mana, apa yg di offer. Hmm aku kenal diorg ni masa wedding adik aku. Aku tak sure la murah ke mahal diorg ni, tapi pada aku, dah kira ok la kot sbb harga tu dah termasuk transport and accommodation diorang.

Wed Photog by: Kesanjari
Harga: RM 3200 (akad nikah on 16th sept-Kuala Kangsar, reception perempuan on 17th sept-Kuala Kangsar, reception lelaki on 15 oct-Kuala Lipis, outdoor, 1 custom album and 1 sticky album for both reception, DVD unlimited copy with 2+1 photographers)

Alin siap prepare soalan2 nak tanye lagi tu. Hehe. Mengikut photographer kitorg ni, untuk hiasan pelamin or kenduri nnt, kalau boleh amik 3 combination colors. Memandangkan kitorg nak gambar kitorg naik, dia suggest kitorg amik kaler2 garang. Huhu aku ni tak penah nak pakai kaler2 garang sbb aku ni golap! huhu. Alin kate "nnt kan nak make up, putih la nnt" So dengan itu, kitorg dah decide nak kaler merah and turquoise. Tak sure belah mana merah, belah mana turquoise. Kene pikir later.

So photographer dah settle!!

Friday, April 1, 2011

She says: Pameran Pengantin


Aku check dalam internet, banyak pameran pengantin, almost setiap minggu ada, mungkin sbb musim kahwen dah nak dekat nih. Kitorg ni masih blur2 lagi pasal barang2 kawen ni. Tema pun belum ada lagi (chewah!! padahal tak tunang lagi nih! duk pikir pasal kahwen sudahh.. haha ..)

So on 1st april, kitorg ke Pameran Pengantin. Mission nye nak cari Kad Kawen! Bila dah ofis dekat ni, sonang jo lah, leh naik lrt sama2. Heeeee..

Sampai kat The Mall, kitorg terus masuk, haaa ada pameran pengantin. Kitorg dah survey kat internet, ada satu kedai ni yg kitorg nak pegi. So pusing2 kat lobby tu, tak jumpa lak booth kedai ni. Aku dah pening dah! Last2 call tuan punye kedai, dia kate dia dekat stage tu je. Aku dah mmg kat stage dah. Haihhh, aku dah serabut sbb kecik je pameran tu, mustahil pusing2 tak jumpa! Ni yg aku nak hangin nih. Hehe.

Call tuan punye kedai lagi, rupenya dah salah tempat, mmg patutnye kat PWTC, awatla aku pi masuk The Mall pulak dah! Ya Allah, salah aku! Hehe elok pulak aku puasa hari tu, maybe sbb aku lapar kot, heeeee..

Masuk je PWTC, haaa ni baru betul! pameran dia besar. Banyak gile booth! Disebabkan cik abg syg ni sedikit cerewet, so aku suh dia pilih dulu mana yg dia berkenan. Sbb kalau aku, pilih yg murah and biasa jeeee.. Kekeke..

Kedai yg kitorg nak gi tu mmg ada! Mmg betul2 depan stage, malu lak aku nak ngaku yang aku la tadi call dia.. Hehe senyap2 sudaahh. Nama kedai ni, GedungKadKahwin. Dah jumpa yg berkenan, so jalan2 la dulu, jumpa satu lagi kedai yg lebih berbaloi tapi design nye biasa. Hmm so aku ckp kat Alin, jom teman buka puasa dulu, kita diskas2 then kita datang balik.

Berbuka puasa kat Pizza Hut The Mall, diskas2, kitorg dah tau apa yg kitorg nak sebenarnye. Lepas solat, terus ke GedungKadKahwin. Elok plak on the way ke booth tu, aku TERstop kat booth yg lain. hehehe. Ada design baru yg comel! Alin pun suke. Tanye punye tanye mak aih! Dah over budget!

Kitorg sok sek sok sek kat tepi. Kalau beli puas hati sbb kaler banyak and quality kad ok. Hmmm disebabkan dua2 dah suke, so kitorang pun setuju nak amik. Rupa-rupanya, org kedai tu dah silap cakap, harga asal pakej tu sepatut nye, rm500 lebih mahal. Hoho. So akhirnya kad kahwin dah settle!!
 

Copyright © She says He says. Template created by Volverene from Templates Block
WP by WP Themes Master | Price of Silver